Wednesday, July 22, 2009

Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak


PARLIMEN P85 PEKAN, PAHANG

Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd. Najib dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 pada 3 April 2009. Beliau menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang mengambil keputusan tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti.
Dato’ Sri Najib, anak sulung kepada Perdana Menteri Malaysia yang ke-2, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang. Beliau menerima pendidikan rendah dan menengah di St. John’s Institution. Beliau kemudiannya menyambung pelajaran peringkat menengah di Malvern Boy’s College, Worcestershire, England. Sebaik menamatkan pendidikan peringkat menengah, Dato’ Sri Najib melanjutkan pengajian di University of Nottingham sehingga memperoleh ijazah dalam ekonomi perindustrian pada 1974.
Sekembalinya ke tanah air, beliau berkhidmat sebagai eksekutif di syarikat petroleum Negara, Petronas selama dua tahun. Namun pemergian bapanya pada 1976, mendorong Dato’ Sri Najib menceburi bidang politik. Beliau dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding di kerusi Parlimen Pekan ekoran kematian bapanya. Kesedihan seluruh Negara ekoran pemergian Tun Abdul Razak dan sebagai menghargai sumbangan Allahyarham kepada pembangunan negara menyaksikan Dato’ Sri Najib memenangi kerusi Parlimen Pekan tanpa bertanding ketika berusia 23 tahun.
Saat itulah yang merubah corak kehidupan Dato’ Sri Najib yang mencurahkan khidmatnya dalam politik dan kerajaan. Ekoran kemenangan tanpa bertanding sebagai Ahli Parlimen Pekan pada 1976, Dato’ Sri Najib dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Pos. Beliau kemudiannya dilantik Timbalan Menteri Pelajaran dan selepas itu Timbalan Menteri Kewangan. Pada pilihan raya umum 1982, beliau bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar di Pekan dan kemudiannya dilantik sebagai Menteri Besar Pahang sehingga tahun 1986.
Dato’ Sri Najib dilantik Menteri kebudayaan, Belia dan Sukan ekoran kemenangannya pada pilihan raya umum 1986 apabila beliau kembali bertanding kerusi Parlimen Pekan. Di bawah terajunya, Malaysia mencipta sejarah apabila buat pertama kali memperoleh pencapaian yang terbaik di Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA). Beliau juga memperkenalkan Dasar Sukan Negara yang menggariskan pembangunan sukan dan memperkenalkan ganjaran insentif kepada atlit negara yang berjaya memenangi pingat di Sukan Olimpik.
Pada tahun 1990, Dato’ Sri Najib dilantik sebagai Menteri Pertahanan oleh Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad. Beliau memacu Kementerian Pertahanan dengan memodenkan Angkatan Tentera Malaysia melalui peningkatan keupayaan, pemerolehan dan latihan strategik. Usaha pemodenan yang diperkenalkannya menyaksikan Malaysia memperoleh aset-aset baru seperti pesawat buatan Rusia, MiG 29, Boeing F18 Super Hornet, kapal frigate F-2000, artileri senjata 155m dan menaik taraf sistem pertahan udara negara dengan perolehan sistem radar baru. Soal kebajikan anggota Angkatan Tentera juga diberi perhatian oleh beliau termasuk meningkatkan kemudahan perumahan dan elaun anggota.
Pada tahun 1995, Dato’ Sri Najib dilantik menerajui kementerian yang lebih mencabar, iaitu sebagai Menteri Pelajaran. Di bawah terajunya, sistem pendidikan negara mengalami perubahan yang besar termasuk memperkenalkan Akta pelajaran 1996. Perubahan demi perubahan yang diperkenalkannya menyaksikan sistem pelajaran negara terutama institusi pengajian tinggi mengalami perubahan besar apabila mereka dibenar menawarkan kursus yang lebih banyak, kepelbagaian pilihan dan pendekatan baru dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Kini rakyat Malaysia mempunyai banyak pilihan dan tempat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Dalam pada itu, jumlah penuntut dari negara luar negara yang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tempatan dan asing di negara ini juga semakin bertambah.
Malah, Dato’ Sri Najib memainkan peranan yang besar untuk memperkenalkan sistem pendidikan bertaraf dunia di Malaysia dan meletakkan negara sebagai hab pembelajaran serantau dan pusat kecemerlangan. Di sebalik itu, perhatian lebih diberikan untuk melahirkan guru-guru terlatih menerusi meningkatkan sijil perguruan kepada status diploma, supaya guru-guru dalam kategori tersebut dapat menerima gaji permulaan bulanan yang lebih tinggi dan projek perumahan khas untuk guru-guru.
Pada pilihan raya umum 1999, Dato’ Sri Najib menerima keputusan mengejutkan apabila hanya memperoleh majoriti 241 undi di kawasan Parlimen Pekan yang majoriti pengundinya berketurunan Melayu, berbanding majoriti lebih 10,000 undi pada pilihan raya sebelumnya. Keputusan itu mengejutkan beliau dan para pemerhati politik. Bagaimanapun ia tidak boleh dianggap sebagai sesuatu yang amat mengejutkan memandangkan pilihan raya itu diadakan ketika suasana politik yang tidak menentu.
Selepas pilihan raya umum itu, beliau dilantik semula sebagai Menteri Pertahanan untuk kali kedua dan meneruskan usaha ke arah pemodenan Angkatan Tentera, setelah negara melepasi krisis ekonomi pada 1997. Antara perolehan utama termasuk pembelian pesawat termoden buatan Rusia, Sukhoi SU30 MKM, kapal selam yang sekian lama menjadi hasrat Tentera Laut Diraja Malaysia dan kereta kebal dari Poland. Juga sistem pertahan udara negara, Jernas untuk kegunaan Tentera Darat. Bagi anggota tentera, beberapa elaun dipertingkatkan termasuk elaun penerbangan untuk juruterbang tentera udara serta kadar gaji yang lebih tinggi bagi anggota baru.
Pilihan raya umum 2004 yang diadakan beberapa bulan selepas Dato’ Sri Najib dilantik Timbalan Perdana Menteri, menyaksikan beliau memenangi kerusi Parlimen Pekan dengan peningkatan majoriti mendadak iaitu 22,922 undi. Angka itu adalah majoriti tertinggi yang diperoleh pada pilihan raya berkenaan, sekali gus membuktikan kemampuan beliau memenangi hati pengundi sememangnya tidak boleh dipertikaikan.
Pada pilihan raya umum 2008, Dato’ Sri Najib sekali lagi memenangi kerusi parlimen Pekan dengan majoriti lebih besar iaitu 26,464 undi. Ia adalah majoriti paling besar bagi Barisan Nasional di sebalik penurunan sokongan rakyat kepada BN pada pilihan raya itu.
Beliau kekal sebagai Menteri Pertahanan sehingga September 2008 apabila mengambil alih jawatan Menteri Kewangan daripada Dato’ Sri Abdullah Ahmad Badawi. Pada Mac 2009, Dato’ Sri Najib memenangi jawatan Presiden UMNO tanpa bertanding selepas Dato’ Seri Abdullah memutuskan untuk tidak mempertahankan jawatan itu. Seterusnya pada April, Dato’ Seri Abdullah mengumumkan melepaskan jawatan Perdana menteri dan digantikan Dato’ Sri Najib yang kemudiannya mengangkat sumpah jawatan itu. Pada masa yang sama beliau masih memegang jawatan Menteri Kewangan.
Dato’ Sri Najib berkahwin dengan Datin Sri Rosmah Mansor dan dikurniakan lima cahaya mata.

Alamat persuratan dan perhubungan: Ketua Setiausaha Sulit Kepada Perdana Menteri, Pejabat Perdana Menteri, Blok Utama, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 PUTRAJAYA MALAYSIA

Monday, July 20, 2009

Y.B. TUAN ISMAIL SANI





Y.B. TUAN ISMAIL SANI AMN, SMS, PJK


Tempat Lahir: Kg. Sg. Semungkis, Hulu Langat, Selangor
Tarikh Lahir: 15 April 1967
Status: Berkahwin (5 orang anak)


PENDIDIKAN

1974 - 1979 Tamat Sekolah Rendah (SK Hulu Langat)
1980 - 1990 Tamat Sekolah Menengah (SMK Abdul Jalil Hulu Langat)
1985 TOEFL (Kolej Pengajian Persediaan JPA)
1985 - 1987 Diploma Pengajian Perniagaan (Associate Degree Indiana University/ITM)
1988 - 1990 Bachelor of Science, Business Administration (University of Missouri, St. Louis USA)


AKTIVITI NGO

Penaung/Pengasas
Persatuan Belia Anak Jaya Sg. Semungkis (AJASS)Kampung Sg. Semungkis, Hulu Langat, Selangor

Ketua Cawangan
Gerakan Belia 4B Cawangan Taman TitiwangsaTaman Titiwangsa, Hulu Langat, Selangor

Pengerusi Kawasan (Penggal ke-2)
Gerakan Belia 4B Kawasan Hulu LangatKawasan (Parlimen) Hulu Langat, Selangor

Yang DiPertua (2 Penggal)
Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG)SK Tuan Abd Aziz Majid, Hulu Langat

Yang DiPertua (Penggal ke-3)
Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG)SMK Abdul Jalil, Hulu Langat

Yang DiPertua (2004-2007)
Dewan Perniagaan Usahawan Melayu Bersatu (DPUMB)Daerah Hulu Langat, Selangor


PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Ahli Majlis MPKJ (Majlis Perbandaran Kajang)
1. Penggal 1998 – 2000
2. Penggal 2004 – 2006
3. Penggal 2007 - 2008



AKTIVITI POLITIK

1991
Ahli UMNO Cawangan Kampung Batu 14 Hulu Langat (Ketua Pergerakan Pemuda Cawangan)

1992
Menubuhkan UMNO Cawangan Kg. Sg. Semungkis, Hulu Langat

1993
Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Hulu Langat

1995
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Hulu Langat

1998
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Hulu Langat (1998-2001)

2005
Setiausaha UMNO Bahagian Hulu Langat


Alamat Surat Menyurat:


Kelab Sukan Komuniti DUN Dusun Tua,
Lot 1070, Kampung Melaka,
Batu 9, 43200 Cheras,
Selangor Darul Ehsan,

Tel: 0 3 9080 2944

Tuesday, July 14, 2009

Dato’ Shahrir Abdul Samad




Dato’ Shahrir Abdul Samad


Ahli Parlimen Kawasan Johor Bahru. (P160)



Latar Belakang

Dilahirkan pada 22hb November 1949 di Kuantan, Pahang sebagai anak ketiga dan lelaki sulung kepada keluarga seorang guru. Walaupun ayah dan ibu berasal dari Muar, Johor, tetapi ayah yang berkidmat dengan kerajaan diarahkan bertugas merata Semenanjung Malaysia. Pernah bersekolah di Kuala Pilah, Kota Bharu dan Kuala Terenganu. Hanya diperingkat sekolah menengah, dapat mengalami dunia persekolahan yang lebih tetap apabila belajar di Kolej Melayu sehinggalah tamat Tingkatan 6.

Memperoleh Ijazah Pertama B.Ec. dalam jurusan Perangkaan (Statistics) dari Universiti Malaya (1972) dan pada 1977, berpeluang memperolehi Ijazah Sarjana dalam jurusan Pengurusan Perniagaan (MBA) di IMEDE (sekarang IMD), Lausanne.


Kerjaya politik

Bermula pada 1973 semasa berkhidmat dengan Chartered Bank selepas tamat pengajian di universiti untuk memenuhi keperluan biasiswa bank itu, belaiu bernasib baik kerana diberi peluang untuk bertugas sebagai seorang Setiausaha Politik, kepada Allahyarham Tun Dr. Ismail (Menteri Perdagangan & Perindustrian). Kemudian kepada Tan Sri Musa Hitam (Menteri Perusahaan Utama). Seterusnya Allahyarham Tun Abdul Razak (Perdana Menteri) dan Allahyarham Tun Hussein Onn (Perdana Menteri).

Dalam Pilihanraya 1978, beliau telah diberikan kepercayaan oleh pucuk pimpinan BN untuk bertanding di kawasan Parlimen Johor Bahru sehingga Pilihanraya 1990 apabila menyerahkan tugas itu kepada bekas setiausaha politik, Mohd Khaled Nordin.

Pada Pilihanraya 2004, kembali sebagai calon BN untuk Johor Bahru dan yang sangat memberangsangkan ialah kemenangan BN di Johor Bahru dengan majoriti yang tertinggi sekali bagi semua kawasan Parlimen yang ditandingi pada pilihan raya itu.

Dari segi jawatan politik pula, selain daripada jawatan setiausaha politik, saya telah dilantik sebagai Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri (1978-79), Timbalan Menteri Kewangan (1980-81), Timbalan Menteri Perdagangan & Perindusterian (1982-83), Menteri Wilayah Persekutuan (1983-85) dan akhir sekali selaku Menteri Kebajikan (1985-87).



Penglibatan Persatuan

Turut juga aktif dalam kegiatan peringkat Parlimen, terutamanya dalam persatuan peringkat antarabangsa, dengan memegang jawatan sebagai Ahli Exco Commonwealth Parliamentary Association (CPA) sehinggalah memegang jawatab Presiden persatuan itu.

Pernah menyumbang pengalaman dalam memulihkan kembali martabat ahli-ahli Parlimen biasa melalui kedudukan sebagai Pengurusi, Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) dan Pengurusi, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (Public Accounts Committee atau PAC), berserta juga untuk membantu mengembalikan keutuhan Parlimen sebagai institusi penggubal undang-undang yang luhur.

Meletakkan matlamat kepimpinan negara hari ini dengan harapan dapat menyumbangkan apa yang mampu kearah pencapaian menerusi institusi Parlimen. Percaya bahawa asas sistem politik negara dan pengukuhannya sebenarnya akan mengukuhkan suara dan aspirasi rakyat itu sendiri, iaitu teras kepada sistem politik negara.

Alamat Surat Menyurat

PEJABAT KHIDMAT AHLI PARLIMEN
16A Jalan Suria 19
Taman Putera
81100 Johor Bahru
Johor

Tel: 07 3317177, 07 3327177
Fax: 07 3357177

PEJABAT URUSAN PERIBADI
11-3 Jalan 26/70A
Desa Sri Hartamas
50480 Kuala Lumpur

Tel: 03 23004392
Fax: 03 23002292


e-mail:

shahrir2211@yahoo.com
johorbahru@bnbbc.com.my