Tuesday, June 23, 2009

Misi 3M Dato' Saifuddin Abdullah



"Menyelami Minda Muda"



Profil Latar belakang peribadi dan keluarga Dato' Saifuddin Abdullah


Dato’ Saifuddin Abdullah ialah Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Ahli Parlimen Temerloh, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Temerloh, Pengerusi Akademi Belia dan bekas Presiden Majlis Belia Malaysia (1998-2002). Anak jati Temerloh ini dilahirkan pada 1961 di Kg Sungai Ara, Mentakab, kepada pasangan Ustaz Haji Abdullah Long (anak Mengkarak) dan Hajah Ramlah Uda (anak Lebak). Ustaz Haji Abdullah ialah pesara guru agama di beberapa buah sekolah kebangsaan di daerah Temerloh, seperti Sek Keb Bandar Mentakab. Beliau juga pernah mengajar di beberapa buah surau seperti di Kg Mambang Berulang, Taman Saga dan Taman Sri Semantan. Hajah Ramlah pula ialah pesara guru di Sek Keb Chatin, Bandar Mentakab dan Tanjung Lalang.
Dato’ Saifuddin mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Abu Bakar Mentakab (1968-73), Kolej Melayu Kuala Kangsar – MCKK (1974-80), mendapat BA Honours dari Universiti Malaya (1984), Diploma Terjemahan dari Persatuan Penterjemah Malaysia/Dewan Bahasa dan Pustaka (1985) dan mengikuti Kursus Eksekutif di Harvard Business School (1995).
Beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Norlin Shamsul Bahri, Penolong Pengurus Ilmu/Pustakawan Zaid Ibrahim & Co, iaitu syarikat guaman terbesar negara. Mereka dikurniai Nur Madihah, kini pelajar Kolej Tunku Kurshiah (TKC), Seremban.
Beliau adalah bekas ahli perniagaan. Sebelum itu, beliau pernah menjadi Pengarah Paduan Consulting, Pengurus Besar Akademi Penulis, Pengurus Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Guru dan Editor.
Gagasan Patriotisme Alaf Baru Dato’ Saifuddin mencetuskan gagasan “Patriotisme Alaf Baru’ pada tahun 1999 yang kemudiannya menjadi salah sebuah kertas kerja utama di Kongres Patriotisme Negara (2002) di mana idea Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dilahirkan.
Penerbitan buku/monograf
Dato’ Saifuddin telah menghasilkan lima buah buku dan monograf: Gerakan Kesukarelaan: Menjana Perubahan Bermakna (2001) Memperkasa Persatuan Belia (2000) Pelan Tindakan Pembangunan Belia Negara 2001-2010 (2001) Country Monograph on Youth Situations, Policies and Programs in Malaysia (1999) Strengthening Youth Agenda: Implementation through Empowerment (1998) Kolumnis dan kertas kerja Dato’ Saifuddin pernah menjadi Kolumnis akhbar Berita Harian, iaitu ruangan “Perspektif” setiap Sabtu. Pernah juga menjadi Kolumnis Nanyang Siang Pau. Telah membentangkan lebih 75 kertas kerja tentang belia, pendidikan, kesukarelaan dan sosio-budaya di pelbagai seminar dalam dan luar negara.
Sukan
Dato’ Saifuddin juga pernah aktif dalam sukan. Antara penglibatannya ialah: Ahli, Majlis Perundingan Sukan Negara Presiden, MBM-Zaifa Motorsports Jurulatih Bola Keranjang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Pemidato
Dato’ Saifuddin seorang pemidato yang baik. Beliau Johan dan Pemidato Terbaik Pertandingan Debat Piala Perdana Menteri (1980). Beliau juga pengasas Pertandingan Debat Antara Universiti Piala Di-Raja dan Kelab Debat Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Ceramah Motivasi
Dato’ Saifuddin sering menyampaikan ceramah motivasi kepada pelajar dan ibu bapa di seluruh negara, termasuk di sekolah menengah dan kebangsaan di kawasan Parlimen Temerloh.



Pengalaman
Pengalaman dalam Majlis Perbandaran Temerloh (September 2007 - Mac 2008) Sebagai Ahli Majlis Perbandaran Temerloh, walaupun hanya berkhidmat selama setengah tahun, Dato’ Saifuddin amat aktif dan telah mencadangkan beberapa pembaharuan strategik. Antaranya ialah Menubuhkan Jawatankuasa Perundingan Masyarakat untuk melibatkan rakyat tempatan dalam proses membuat keputusan.
Menggunakan Sistem Pengurusan Kewangan yang berasaskan teknologi maklumat (IT), khususnya e-perolehan (e-procurement) dan e-bidaan (e-bidding), yang dapat menjimatkan kos. Menjalankan Kempen Bandar Selamat secara sepadu bagi membanteras jenayah. Meningkatkan produktiviti pelancongan daerah Temerloh dengan mengoptimumkan keistimewaannya sebagai Bandar Ikan Patin.
Pengalaman kerja belia dan kemasyarakatan
Di samping politik, beliau mempunyai pengalaman luas sebagai pemimpin belia dan kemasyarakatan. Antara jawatan/peranan yang pernah diamanahkan kepadanya ialah: Ahli Majlis Teknologi Maklumat Negara (NITC) Ahli Majlis Perundingan Ekonomi Negara Kedua (MAPEN II) Ahli, Majlis Perundingan Belia Negara Pemegang Amanah, Yayasan Salam Ahli Jawatankuasa Teknikal, Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia Ahli Majlis Penasihat Pengguna Negara Ahli Jawatankuasa Kurikulum, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Ahli, Majlis Perundingan Akta Pendidikan Timbalan Presiden, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Pengasas/Presiden, Ikatan Pengkajian Islam Pahang (IKATAN) Presiden, Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) Ketua Murid, Kolej Melayu Kuala Kangsar
Pengalaman antarabangsa
Di peringkat antarabangsa, beliau pernah diamanahkan sebagai: Ahli Panel Tertinggi Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pekerjaan Bagi Belia Timbalan Bendahari, Majlis Antarabangsa Mengenai Dasar Belia Negara Wakil NGO Asia Pasifik berucap di Persidangan Pertama Menteri-Menteri Belia Sedunia, anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lisbon, Portugal (1998)
Consultant, Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial bagi Asia Pasifik, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (ESCAP) Setiausaha, Barisan Bertindak Bosnia Pengalaman penggubalan dasar Sebelum menjadi ahli politik, Dato’ Saifuddin mempunyai pengalaman menggubal beberapa buah dasar negara/negeri, seperti: Ahli Panel Teknikal, Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia Penderaf, Dasar Pembangunan Belia Negara Penderaf Rancangan Pembangunan Belia Negeri Sembilan 2001-2010.
Penulis Memorandum Akademi Belia untuk Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) Penulis/Pembentang Memorandum Majlis Belia Malaysia di Dialog Belanjawan (2000-03) Penulis Memorandum Majlis Belia Malaysia ke Majlis Perundingan Ekonomi Kedua (MAPEN 2) Penulis Input Majlis Belia Malaysia untuk Pelan Induk K-Ekonomi Negara.

No comments:

Post a Comment