Tuesday, July 14, 2009

Dato’ Shahrir Abdul Samad




Dato’ Shahrir Abdul Samad


Ahli Parlimen Kawasan Johor Bahru. (P160)



Latar Belakang

Dilahirkan pada 22hb November 1949 di Kuantan, Pahang sebagai anak ketiga dan lelaki sulung kepada keluarga seorang guru. Walaupun ayah dan ibu berasal dari Muar, Johor, tetapi ayah yang berkidmat dengan kerajaan diarahkan bertugas merata Semenanjung Malaysia. Pernah bersekolah di Kuala Pilah, Kota Bharu dan Kuala Terenganu. Hanya diperingkat sekolah menengah, dapat mengalami dunia persekolahan yang lebih tetap apabila belajar di Kolej Melayu sehinggalah tamat Tingkatan 6.

Memperoleh Ijazah Pertama B.Ec. dalam jurusan Perangkaan (Statistics) dari Universiti Malaya (1972) dan pada 1977, berpeluang memperolehi Ijazah Sarjana dalam jurusan Pengurusan Perniagaan (MBA) di IMEDE (sekarang IMD), Lausanne.


Kerjaya politik

Bermula pada 1973 semasa berkhidmat dengan Chartered Bank selepas tamat pengajian di universiti untuk memenuhi keperluan biasiswa bank itu, belaiu bernasib baik kerana diberi peluang untuk bertugas sebagai seorang Setiausaha Politik, kepada Allahyarham Tun Dr. Ismail (Menteri Perdagangan & Perindustrian). Kemudian kepada Tan Sri Musa Hitam (Menteri Perusahaan Utama). Seterusnya Allahyarham Tun Abdul Razak (Perdana Menteri) dan Allahyarham Tun Hussein Onn (Perdana Menteri).

Dalam Pilihanraya 1978, beliau telah diberikan kepercayaan oleh pucuk pimpinan BN untuk bertanding di kawasan Parlimen Johor Bahru sehingga Pilihanraya 1990 apabila menyerahkan tugas itu kepada bekas setiausaha politik, Mohd Khaled Nordin.

Pada Pilihanraya 2004, kembali sebagai calon BN untuk Johor Bahru dan yang sangat memberangsangkan ialah kemenangan BN di Johor Bahru dengan majoriti yang tertinggi sekali bagi semua kawasan Parlimen yang ditandingi pada pilihan raya itu.

Dari segi jawatan politik pula, selain daripada jawatan setiausaha politik, saya telah dilantik sebagai Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri (1978-79), Timbalan Menteri Kewangan (1980-81), Timbalan Menteri Perdagangan & Perindusterian (1982-83), Menteri Wilayah Persekutuan (1983-85) dan akhir sekali selaku Menteri Kebajikan (1985-87).



Penglibatan Persatuan

Turut juga aktif dalam kegiatan peringkat Parlimen, terutamanya dalam persatuan peringkat antarabangsa, dengan memegang jawatan sebagai Ahli Exco Commonwealth Parliamentary Association (CPA) sehinggalah memegang jawatab Presiden persatuan itu.

Pernah menyumbang pengalaman dalam memulihkan kembali martabat ahli-ahli Parlimen biasa melalui kedudukan sebagai Pengurusi, Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) dan Pengurusi, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (Public Accounts Committee atau PAC), berserta juga untuk membantu mengembalikan keutuhan Parlimen sebagai institusi penggubal undang-undang yang luhur.

Meletakkan matlamat kepimpinan negara hari ini dengan harapan dapat menyumbangkan apa yang mampu kearah pencapaian menerusi institusi Parlimen. Percaya bahawa asas sistem politik negara dan pengukuhannya sebenarnya akan mengukuhkan suara dan aspirasi rakyat itu sendiri, iaitu teras kepada sistem politik negara.

Alamat Surat Menyurat

PEJABAT KHIDMAT AHLI PARLIMEN
16A Jalan Suria 19
Taman Putera
81100 Johor Bahru
Johor

Tel: 07 3317177, 07 3327177
Fax: 07 3357177

PEJABAT URUSAN PERIBADI
11-3 Jalan 26/70A
Desa Sri Hartamas
50480 Kuala Lumpur

Tel: 03 23004392
Fax: 03 23002292


e-mail:

shahrir2211@yahoo.com
johorbahru@bnbbc.com.my

3 comments:

  1. Assalammualaikum,Yang dihormati Datuk, Saya Kamil dari BBU iaitu pengundi BN semenjak mendaftar sebagai pemilih. Ringkasnya saya ingin memohon perhatian Datuk berkaitan keadaan Jalan raya yang agak teruk di antara BBU ke belakang,melalui United Kotak,kilang simen menuju ke Jalan Tampoi. Jalan raya kawasan ini tak rata,berlubang,bertampal-tampal..korek2,tampal..simen dari kilang berdekatan tumpah di jalan raya.Saya sebagai penunggang motor cukup rasa terkilan,geram..kerana proses kerja agak lembab dan kerja dijalankan tanpa kualiti. Saya berharap ia mendapat perhatian Datuk.

    ReplyDelete
  2. Saya ingin meberi beberapa cadangan berkaitan kepentingan warga Johor bahru :
    1) Harga rumah yg melambung, pemaju sudah mula membina rumah dgn harga RM 500k ke atas Tujuan bg menjual kpd warga asing,penduduk JB rasa terpinggir.Kajian bekenaan taraf hidup serta pemilikan rumah perlu segera dibuat.
    2)Kadar caj masuk kpd warga Singapura perlu juga dikenakan.warga JB yg nak ke singapura dicaj sebanyak 20 dollar sekiranya menggunakan kenderaan,

    ReplyDelete
  3. How to make money in gambling? - Work-to-Earn
    Money in gambling can be an exciting way to keep you engaged while trying to make money. หาเงินออนไลน์ money that makes your life easy and you can earn more

    ReplyDelete