Tuesday, June 30, 2009

Muhyiddin Ikrar Laksana amanah dengan jujur dan penuh iltizam




...Sesungguhnya jawatan ini satu amanah Allah yang seharusnya saya pikul dengan rasa penuh tanggung jawab dan jujur...
‘‘Tidaklah boleh selandak padi,
Sekamlah juga ditumbuk luluh,
Tidaklah ikut kehendak hati,
Kehendak Allah jugalah sungguh.
Negeri kita aman sentosa,
Kaya dengan tumbuh-tumbuhan,
Niat di hati nak buat jasa,
Mudah-mudahan Tuhan kabulkan.
Dalam pinang tumbuh kelapa,
Terbit putik bunga melati,
Budi Pak Lah saya tak lupa,
Sudah terpaku di dalam hati.
Tenang-tenang air di laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung,
Hati terkenang mulut tersebut,
Budi Pak Lah tetap dijunjung.
Jika salah ibu dodoikan,
Tangis anak di atas pangkuan,
Salah dan silap saya lakukan,
Maaf Pak Lah saya pohonkan.
Bait puisi yang dilafazkan dalam Ucapan Penggulungan Timbalan Presiden UMNO 2009.
"...Saya ingin mengajak semua ahli Majlis Kerja Tertinggi dan juga para perwakilan serta seluruh ahli UMNO di seluruh negara untuk berikrar berdiri teguh bersama-sama nakhoda parti kita yang baru untuk meneruskan perjuangan parti dan agenda besar kita untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara.
Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden parti kita yang baru haruslah dibantu dengan penuh keikhlasan dan seluruh kudrat yang ada pada kita haruslah digemblengkan untuk melaksanakan agenda perubahan yang sangat-sangat diperlukan oleh parti untuk bangkit semula di persada politik negara sebagai parti yang paling unggul di negara kita.
Kita haruslah melaksanakan amanah ini dengan jujur dan penuh iltizam untuk mentransformasikan UMNO. Tentunya keutamaan kita untuk membawa perubahan-perubahan yang diperlukan oleh UMNO dan diperlukan oleh rakyat jelata.
Landskap politik negara sudah berubah. Selepas pilihan raya umum yang baru lalu kita telah pun melihat akan jelas dan nyata keputusan yang telah dibuat oleh rakyat terutamanya oleh generasi muda kita.
Ini harus menjadi iktibar dan pengajaran bagi kita. Maka sebab itulah saya percaya penting untuk kita kita memastikan beberapa perkara-perkara pokok yang harus kita berikan perhatian.
Seperti soal untuk menyegerakan proses pemulihan dan penambahbaikan dan pembaharuan atau pun transformasi yang harus dilakukan di dalam UMNO kita.
Usaha yang harus kita buat dan laksanakan secara cepat dan segera bagi memperkukuhkan usaha-usaha komponen-komponen parti BN pastinya penting untuk memastikan sokongan rakyat jelata dari segenap peringkat dan kaum di dalam negara ini akan terus kukuh.
Demikian juga dalam soal-soal yang lain, isu yang kita sedari hari ini yang pastinya tidak boleh kita abaikan iaitu soal yang yang berkaitan dengan langkah-langkah yang sedang dan akan terus dilaksanakan oleh kepimpinan parti dan kerajaan kita iaitu untuk memastikan dalam situasi ekonomi global yang cukup hebat pada hari ini.
Usaha-usaha untuk sama-sama kita laksanakan di semua peringkat bukan saja di dalam kerajaan atau pun di kalangan rakyat jelata khususnya di kalangan ahli UMNO ialah untuk membantu supaya usaha-usaha memulihkan ekonomi dalam negara kita dapat disempurnakan dengan sebaik mungkin...."





Nama : Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin


Gelaran: Y.B. Tan Sri Dato'


Jawatan : Timbalan Perdana Menteri Malaysia/Menteri Pelajaran


Kawasan : Ahli Parlimen Pagoh




-------------------------------------------------------------
Biodata Peribadi



Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dilahirkan pada 15 Mei 1947 di Muar. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Maharani dan Sekolah Kebangsaan Ismail di Muar. Kemudiannya beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Pengajian Melayu (1971).



Kerjaya



Beliau memulakan kerjaya sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (1970) dan kemudiannya Penolong Pegawai Daerah Muar (1974). Pengalaman sebagai penjawat awam digunakan sepenuhnya oleh beliau untuk berkecimpung dalam dunia korporat. Antara tahun 1974 hingga tahun 1978, Y.B. Tan Sri Dato' telah memegang beberapa jawatan penting di SGS Ates Sdn. Bhd. sebagai Pengurus Perjawatan, Pengarah Urusan Sri Saujana Berhad serta Pengarah Syarikat Equity Mal Sdn Bhd.



Y.B. Tan Sri Dato' kini mengetuai UMNO Bahagian Pagoh iaitu jawatan yang beliau pegang sejak April 1985 lagi. Sebelum itu beliau telah dipilih menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pagoh pada tahun 1976. Dari situ karier politiknya terus berkembang apabila beliau dilantik menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia (1982). Pada tahun 1985, buat pertama kalinya, Y.B. Tan Sri Dato' Muhyiddin dipilih menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Jawatan ini digunakan sepenuhnya untuk menabur bakti dan kemudiannya menjadi tokoh yang dipilih menduduki kerusi Naib Presiden bermula September 1993 sehinggalah ke hari ini.



Y.B. Tan Sri Dato' pertama kalinya dipilih menjadi wakil rakyat apabila beliau memenangi kawasan Parlimen Pagoh pada pilihan raya tahun 1978. Beliau yang berjaya mempertahankan kerusi parlimen berkenaan pada pilihan raya umum pada tahun 1982 telah dilantik menjadi Menteri Besar Johor selepas Pilihan Raya Umum ke-7 apabila memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Serampang. Di bawah kepimpinan beliau, negeri Johor terus berkembang pesat dan menjadi antara negeri yang termaju di Malaysia.



Y.B. Tan Sri Dato' juga pernah dilantik menjadi Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri pada tahun 1981, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan pada tahun 1982 dan Menteri Belia dan Sukan selepas Pilihan Raya Umum ke-9 iaitu pada Mei 1995. Empat tahun kemudian, beliau dilantik menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mulai bulan Disember 1999. Pada bulan Januari 2004, beliau diberi kepercayaan mengetuai Kementerian Pertanian berikutan penstrukturan semula Kabinet Persekutuan.



Selepas Pilihan Raya Umum ke-11, beliau dilantik semula menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang fungsinya ditambah bagi memajukan sektor pertanian dan industri yang berkaitan agar lebih berdaya saing. Oleh itu, beliau bertekad untuk membalas kepercayaan Y.A.B. Perdana Menteri dengan meletakkan sektor pertanian di tahap yang sepatutnya dengan menumpukan usaha menjadikannya satu sektor yang moden, dinamik, dan mampu membawa perolehan yang besar kepada negara. Di samping itu, beliau terus memberi perkhidmatan yang terbaik kepada penduduk Pagoh agar rakyat hidup selesa dan bebas dari kemiskinan melalui program pembangunan pertanian yang dijalankan di situ. Selepas Pilihan Raya ke-12, beliau dilantik menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.




Pemilihan UMNO 2009 menyaksikan sokongan dan kepercayaan perwakilan UMNO kepada Tan Sri Muhyiddin sebagai gandingan Perdana Menteri YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Jawatan Timbalan Perdana Menteri secara rasmi dipaut pada bahu beliau dengan undi sebanyak
1,575 undi berbanding 997 kepada Tan Sri Muhammad Mohd Taib.
Menyorot liku-liku kebangkitannya hingga memenangi jawatan Timbalan Presiden, Muhyiddin berasakan dirinya sudah dimaafkan daripada kelantangannya menggerakkan perubahan dalam kepemimpinan dan parti.
Tindakan beliau sebenarnya dilihat dari dua sudut pandangan iaitu sebagai pendesak utama untuk mempercepatkan peralihan kepemimpinan dan perlunya kepada seseorang yang lantang untuk perubahan berlaku.
Beliau berbuat demikian bukan atas kepentingan peribadi tapi atas rasa bertanggungjawab kepada parti dan ini turut dicerminkan oleh kebangkitan suara perwakilan yang mengetengahkan muka-muka baru dalam MT yang diketahui berpendirian sepertimana beliau.

Aktiviti Kemasyarakatan

Y.B. Tan Sri juga banyak terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan. Beliau pernah dilantik menjadi Yang DiPertua Royal Johor Country Club dan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (1986-1995) serta Presiden Persatuan Kanak-Kanak Spastik negeri Johor selama 10 tahun (1986-1996). Y.B. Tan Sri Dato' Muhyiddin telah mendirikan rumahtangga pada 1972. Hasil daripada perkongsian hidup beliau bersama Puan Sri Hajjah Norainee Abd. Rahman, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata. Pada masa lapang, YB Tan Sri Dato' gemar bermain golf dan badminton.



Anugerah



2007-Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis (SPMP), Dato Seri
1991-Seri Paduka Mahkota Johor (SMPJ), Dato'
1988- Panglima Setia Mahkota (PSM), tAN Sri
1980-Setia Mahkota Johor (SMJ)
1879-Bintang Sultan Ismail (BSI)
1974-Pingat Ibrahim Sultan (PIS)

Tuesday, June 23, 2009

Siapa Dato' Sri Ir. Nizar Jamaluddin




Nizar digantung dari Parlimen 2 hari














Rakyat Malaysia sekali lagi menyaksikan kekecohan yang ditimbulkan oleh Ahli Parlimen Bukit Gantang, Dato' Sri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin. Dia dilaporkan memohon Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarkan diikuti dengan pemakaian kain bertulis 'Bubar DUN' di kepala dan lengan wakil rakyat pembangkang.



Ini menyebabkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin mengarahkan ahli Parlimen pembangkang yang enggan menanggalkan kain berkenaan supaya keluar dewan.
Apa perasaan anda sekiranya ahli parlimen anda tidak dapat menjalankan tanggungjawab sebagai penyampai hasrat masyarakat kepada kerajaan kerana lebih mengutamakan perjuangan peribadi.



Keterangan Ahli Perlimen Bukit Gantang



Yang Amat Berhormat Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin (lahir 17 Mac 1957 di Kampung Air Hitam Labu, Kampar, Negeri Perak) merupakan Menteri Besar Perak ke-10 apabila membentuk kerajaan negeri selepas menang Pilihan Raya Umum Malaysia 2008. Beliau merupakan ADUN Pasir Panjang, Perak dan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Perak. Beliau dikatakan tidak lagi menjadi Menteri Besar Perak setelah Barisan Nasional (BN) mengambil alih tampuk kerajaan negeri 6 Februari 2009. Walaubagaimanapun, selepas 96 hari, Mahkamah Tinggi Malaysia mengisytiharkan Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah. Pada 22 Mei, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang mendengar hujah-hujah mereka memutuskan Zambry sebagai menteri besar Perak yang sah, sekaligus membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.



Isi kandungan Menteri Besar Sebelum Mohammad Nizar menjadi Menteri Besar, ketiga-tiga parti pembangkang Parlimen (yang selepas itu menubuhkan Pakatan Rakyat) iaitu DAP, PKR, dan PAS yang ingin menubuhkan kerajaan baru bagi negeri Perak. Antaranya DAP mempunyai kerusi DUN yang terbanyak, seterusnya PKR, dan akhirnya PAS. Namun Perlembagaan Negeri Perak mensyaratkan hanya orang Melayu beragama Islam boleh menjadi Menteri Besar, melainkan Sultan mengizinkan seseorang yang bukan Melayu dan bukan Islam untuk memegang jawatan ini. Oleh itu pada mulanya ketiga-tiga buah parti ini terus sebulat suara bersetuju bahawa Mohammad Nizar menjadi Menteri Besar. Namun keputusan ini dibantah oleh akar umbi DAP. Oleh itu mereka terpaksa memujuk Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, agar melantik Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham, untuk menjadi Menteri Besar bukan Melayu bukan Islam yang pertama (Ngeh seorang yang berbangsa Cina dan beragama Kristian). Akhirnya Sultan Perak menolak cadangan ini dan menegaskan untuk seorang Menteri Besar baru yang juga orang Melayu. Baginda mahukan Orang Melayu yang profesional. DAP tidak mempunyai ADUN Melayu, dan kesemua ADUN Melayu PKR hanya berkelayakan Tingkatan 5. Oleh itu, Mohammad Nizar Jamaluddin yang sebagai seorang jurutera dan juga memegang jawatan yang tertinggi dalam PAS di antara semua ADUN PAS dilantik sebagai Menteri Besar. Ir. Mohammad Nizar pada asalnya dijadualkan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar pada 13 Mac 2008. Walau bagaimanapun, Lim Kit Siang menyatakan DAP akan memboikot pelantikan itu dan majlis pentauliahan dan angkat sumpah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar kerana PAS bukan parti utama yang memenangi pilihan raya 2008 peringkat negeri Perak. Beliau berpendapat bahawa ADUN Melayu PKR yang harus dilantik sebagai Menteri Besar, kalau ADUN DAP ditolak. Beliau bagaimanapun menarik balik kenyataan tersebut dan meminta maaf. Lanjutan itu, pihak istana telah membatalkan istiadat mengangkat sumpah dan meminta ketiga-tiga DAP, PKR dan PAS bermesyuarat sekali lagi dan menghantar satu surat yang ditandatangani semua 31 ADUN mereka, menyatakan sokongan bersama. Beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak pada 17 Mac 2008 (bersamaan hari jadinya yang ke 51) di hadapan Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah di Istana Iskandariah, Perak. Pendidikan Belajar di Sekolah Rendah Anglo-Chinese School (ACS) Kampar. Kemudian di Sekolah Menengah Kebangsaan Anglo-Chinese School Kampar dan Sekolah Menengah Teknik Ipoh dan menyambung pengajian peringkat A-level dan ijazah di England. Beliau merupakan seorang jurutera perunding lulusan Aston University of Science & Technology di Birmingham, England. Nizar mempunyai kebolehan bertutur dalam 4 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, dan Bahasa Tamil. Keluarga Isterinya Fatimah Taat dan mempunyai lapan orang anak, lima lelaki dan tiga perempuan. Anak sulung dan kedua beliau merupakan penuntut lulusan BA Syariah Universiti Mu'tah di Jordan. Anak kedua pula lulusan hafiz al-Quran di Universiti Mut'ah Jordan. Anak yang ketiga juga lulusan hafiz al-Quran dari Universiti Damsyik, Syria dan Universiti Lubnan. Manakala anak yang keempat hingga kelapan sedang belajar di beberapa pelbagai institusi pendidikan dalam negeri. Kerjaya Ir. Nizar pernah bekerja di Jabatan Kerja Raya (JKR) sebelum berkhidmat sebagai jurutera di Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang PDC). Beliau berpengalaman luas dalam menjalankan beberapa projek besar negara. Antaranya Projek Dayabumi fasa 2 & 3 pada tahun 1983, projek Pusat Islam (BAHES, Jabatan Perdana Menteri (1984), projek Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu (1985), pengurusan bangunan-bangunan kerajaan dan swasta termasuk KOMTAR, Bangunan Persekutuan Gunasama, pusat membeli belah dan pengurusan semua lif di hospital Kerajaan Negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis sehingga kini. Sebelum dilantik menjadi Menteri Besar beliau merupakan Pengarah Urusan di beberapa firma swasta. Di luar negara pula beliau banyak menjalankan beberapa projek di beberapa buah negara, antara di Birmingham, United Kingdom, Zug Switzerland, Miano Itali, Bangkok Thailand, Sdyney dan Goldcoast Australia, Doha Qatar dan Teheran, Iran. Pengalaman politik Dalam bidang politik pula, beliau berkecimpung dengan berjawatan dalam PAS dengan memegang Ahli Jawatankuasa PAS kawasan Kampar (1999 - 2001). Beliau menjawat jawatan Yang Dipertua PAS kawasan Kampar (2001 hingga kini). Di peringkat PAS Negeri Perak, beliau memegang jawatan Bendahari PAS Negeri (2001- 2006), Setiausaha PAS Negeri (sebelum menjadi Menteri Besar Perak). Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak itu menyertai PAS sebagai ahli biasa pada 1995 dan bertanding kali pertama bagi merebut kerusi Parlimen Kuala Kangsar pada pilihan raya umum 2004 tetapi tewas kepada penyandangnya Datuk Seri Rafidah Aziz. Mohammad Nizar memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang 2008. Berikutan kematian Ahli Parlimen Bukit Gantang,Roslan Shaharum dari PAS,Satu Pilihanraya kecil telah diadakan pada 7 April 2009.Mohammad Nizar telah bertanding atas tiket PAS dan berjaya mengekalkan Kerusi tersebut bagi parti PAS. Kontroversi Pengarah JAIP Mohammad Nizar dilaporkan memberi arahan supaya Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury, bertukar serta-merta dalam tempoh 24 jam kerana cuba mensabotaj kerajaan negeri. Jamry yang juga Setiausaha Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) dikatakan telah diarah keluar dari pejabatnya oleh Mohammad Nizar pada pagi 29 April 2008 kerana Jamry dituduh cuba mengsabotaj usaha kerajaan negeri menukar ahli-ahli jawatankuasa masjid di seluruh Perak. Sultan Perak, Sultan Azlan Shah menitahkan Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin supaya menarik balik serta merta arahan pertukaran yang dibuat ke atas Jamry kerana Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) adalah di bawah kuasa Sultan dan perlu melalui saluran yang betul. Mohammad Nizar juga dimaklumkan bahawa hubungan kerja yang menghormati Sultan merupakan konvensyen dan budaya kerja yang sentiasa diamalkan dan dihormati oleh setiap Menteri Besar dengan pihak Istana selama ini. Arahan supaya menarik balik arahan pertukaran itu terkandung dalam kenyataan akhbar tiga muka surat yang dikeluarkan atas titah Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah selepas Mohammad Nizar dititah untuk menghadap baginda di Istana Raja Muda Perak pada pukul 11 pagi Jumaat, 2 Mei 2008, untuk menyembah maklum kepada baginda berhubung arahan pertukaran Jamry. Akhirnya berkat kesabaran YAB Menteri Besar, dengan sokongan anggota JAIPk dan MAIPk maka penghujung 2008 Jamry Sury telah berjaya ditukarkan dan digantikan oleh Dato' Sheikh Mohd Nor Bin Mansor Al-Hafiz. Peralihan Kuasa kepada BN Rencana utama: Krisis perlembagaan Perak 2009 Kejatuhan kerajaan PKR pada 6 Februari akibat 2 ADUN PKR (Behrang & Changkat Jering) dan 1 ADUN DAP (Jelapang) telah bertindak keluar parti dan menjadi Bebas, kelayakan ketiga-tiga ADUN ini dipertikai kerana kerusi DUN yang berkenaan telah diumumkan kosong oleh Speaker DUN Perak V. Sivakumar berdasarkan surat perletakan jawatan yang ditandatangan awal. Bagaimanapun BN mempertikaikan penerimaan surat yang yang ditandatangan awal sebagai tidak sah berdasarkan keputusan mahkamah dalam kes sebelum ini. Ini menjadikan BN dan PKR mempunyai 28 wakil setiap satu. SPR kemudiannya telah menggunakan bidang tugasnya daripada memastikan kelancaran dan pilihanraya yang bersih bertindak menolak untuk diadakan pilihanraya kecil berdasarkan keputusan mahkamah bahawa surat bertandatangan awal (presign) adalah tidak sah. Menteri Besar Perak, YAB Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin telah memohon perkenan Kebawah DYMM Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah untuk membubarkan DUN sebaliknya Sultan menitahkan supaya Nizar meletakan jawatan sebagai Menteri Besar selepas menemu bual kesemua 28 wakil BN dan 3 calon Bebas yang menyatakan sokongan mereka kepada BN. ("Ref The Sun 5 February 2009) Perkara ini telah menyebabkan penyokong Pakatan Rakyat Perak bangun menyatakan hasrat tidak setuju atau dalam istilah istana "mohon sembah derhaka", dan atas krisis Perak tersebut dan mula menuntut diadakan semula pilihanraya negeri Perak dan mendakwa Nizar masih sah sebagai Menteri Besar Perak, perkara ini turut disokong tokoh UMNO, YM Tengku Razali Hamzah dan Pakatan Rakyat menganggap ini adalah konspirasi UMNO untuk merampas kuasa secara haram dengan menggunakan institusi raja. Pandangan untuk memberi hak kepada rakyat turut disokong Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM). Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar yang berlangsung di Istana Iskandariah tetap diadakan walaupun dipertikai oleh Pakatan rakyat sebagai bercanggah dengan perundangan. Menteri Besar, Zambry Abdul Kadir dan exco-exconya juga sedang menghadapi tindakan Jawatankuasa Khas Hak Dan Kebebasan DUN, kerana dituduh menghina Dewan Undangan Negeri Perak dengan mengetepikan DUN. Beliau kini bersama 6 orang exconya telah digantung sehingga 18 bulan bermula 19 Februari 2009 Hal ini dipertikai oleh sesetengah peguam sebagai diluar bidang kuasa tanpa pengesahan ahli exco. Dalam masa yang sama Nizar telah menfailkan pengistiharan dari Mahkamah Tinggi (Kuasa-kuasa Khas) di Kuala Lumpur pada 14 Februari 2009 untuk menentukan kedudukan sebenar dan mengembalikan hak kepada Pakatan Rakyat Perak. Mahkamah Tinggi kemudiannya memutuskan bahawa Nizar merupakan Menteri Besar yang sah, dan Nizar akhirnya melaporkan diri untuk bertugas selaku Menteri Besar Perak. Bagaimanapun, jawatan beliau sekali lagi batal apabila hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ramly Ali meluluskan penangguhan pelaksanaan keputusan kepada Zambry, sekaligus sini menetapkan 21 Mei bagi mendengar rayuan Zambry dan permohonan Nizar. Pada 22 Mei, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang mendengar hujah-hujah mereka memutuskan Zambry sebagai menteri besar Perak yang sah, sekaligus membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu yang mengesahkan kedudukan asal Nizar, atas hujah bahawa "bahawa hakim mahkamah tinggi Datuk Abdul Aziz Abd Rahim membuat kesilapan dalam keputusannya dan Sultan Perak layak melantik Zambry apabila Mohamad Nizar hilang majoriti dalam DUN."






Misi 3M Dato' Saifuddin Abdullah



"Menyelami Minda Muda"



Profil Latar belakang peribadi dan keluarga Dato' Saifuddin Abdullah


Dato’ Saifuddin Abdullah ialah Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Ahli Parlimen Temerloh, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Temerloh, Pengerusi Akademi Belia dan bekas Presiden Majlis Belia Malaysia (1998-2002). Anak jati Temerloh ini dilahirkan pada 1961 di Kg Sungai Ara, Mentakab, kepada pasangan Ustaz Haji Abdullah Long (anak Mengkarak) dan Hajah Ramlah Uda (anak Lebak). Ustaz Haji Abdullah ialah pesara guru agama di beberapa buah sekolah kebangsaan di daerah Temerloh, seperti Sek Keb Bandar Mentakab. Beliau juga pernah mengajar di beberapa buah surau seperti di Kg Mambang Berulang, Taman Saga dan Taman Sri Semantan. Hajah Ramlah pula ialah pesara guru di Sek Keb Chatin, Bandar Mentakab dan Tanjung Lalang.
Dato’ Saifuddin mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Abu Bakar Mentakab (1968-73), Kolej Melayu Kuala Kangsar – MCKK (1974-80), mendapat BA Honours dari Universiti Malaya (1984), Diploma Terjemahan dari Persatuan Penterjemah Malaysia/Dewan Bahasa dan Pustaka (1985) dan mengikuti Kursus Eksekutif di Harvard Business School (1995).
Beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Norlin Shamsul Bahri, Penolong Pengurus Ilmu/Pustakawan Zaid Ibrahim & Co, iaitu syarikat guaman terbesar negara. Mereka dikurniai Nur Madihah, kini pelajar Kolej Tunku Kurshiah (TKC), Seremban.
Beliau adalah bekas ahli perniagaan. Sebelum itu, beliau pernah menjadi Pengarah Paduan Consulting, Pengurus Besar Akademi Penulis, Pengurus Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Guru dan Editor.
Gagasan Patriotisme Alaf Baru Dato’ Saifuddin mencetuskan gagasan “Patriotisme Alaf Baru’ pada tahun 1999 yang kemudiannya menjadi salah sebuah kertas kerja utama di Kongres Patriotisme Negara (2002) di mana idea Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dilahirkan.
Penerbitan buku/monograf
Dato’ Saifuddin telah menghasilkan lima buah buku dan monograf: Gerakan Kesukarelaan: Menjana Perubahan Bermakna (2001) Memperkasa Persatuan Belia (2000) Pelan Tindakan Pembangunan Belia Negara 2001-2010 (2001) Country Monograph on Youth Situations, Policies and Programs in Malaysia (1999) Strengthening Youth Agenda: Implementation through Empowerment (1998) Kolumnis dan kertas kerja Dato’ Saifuddin pernah menjadi Kolumnis akhbar Berita Harian, iaitu ruangan “Perspektif” setiap Sabtu. Pernah juga menjadi Kolumnis Nanyang Siang Pau. Telah membentangkan lebih 75 kertas kerja tentang belia, pendidikan, kesukarelaan dan sosio-budaya di pelbagai seminar dalam dan luar negara.
Sukan
Dato’ Saifuddin juga pernah aktif dalam sukan. Antara penglibatannya ialah: Ahli, Majlis Perundingan Sukan Negara Presiden, MBM-Zaifa Motorsports Jurulatih Bola Keranjang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Pemidato
Dato’ Saifuddin seorang pemidato yang baik. Beliau Johan dan Pemidato Terbaik Pertandingan Debat Piala Perdana Menteri (1980). Beliau juga pengasas Pertandingan Debat Antara Universiti Piala Di-Raja dan Kelab Debat Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Ceramah Motivasi
Dato’ Saifuddin sering menyampaikan ceramah motivasi kepada pelajar dan ibu bapa di seluruh negara, termasuk di sekolah menengah dan kebangsaan di kawasan Parlimen Temerloh.



Pengalaman
Pengalaman dalam Majlis Perbandaran Temerloh (September 2007 - Mac 2008) Sebagai Ahli Majlis Perbandaran Temerloh, walaupun hanya berkhidmat selama setengah tahun, Dato’ Saifuddin amat aktif dan telah mencadangkan beberapa pembaharuan strategik. Antaranya ialah Menubuhkan Jawatankuasa Perundingan Masyarakat untuk melibatkan rakyat tempatan dalam proses membuat keputusan.
Menggunakan Sistem Pengurusan Kewangan yang berasaskan teknologi maklumat (IT), khususnya e-perolehan (e-procurement) dan e-bidaan (e-bidding), yang dapat menjimatkan kos. Menjalankan Kempen Bandar Selamat secara sepadu bagi membanteras jenayah. Meningkatkan produktiviti pelancongan daerah Temerloh dengan mengoptimumkan keistimewaannya sebagai Bandar Ikan Patin.
Pengalaman kerja belia dan kemasyarakatan
Di samping politik, beliau mempunyai pengalaman luas sebagai pemimpin belia dan kemasyarakatan. Antara jawatan/peranan yang pernah diamanahkan kepadanya ialah: Ahli Majlis Teknologi Maklumat Negara (NITC) Ahli Majlis Perundingan Ekonomi Negara Kedua (MAPEN II) Ahli, Majlis Perundingan Belia Negara Pemegang Amanah, Yayasan Salam Ahli Jawatankuasa Teknikal, Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia Ahli Majlis Penasihat Pengguna Negara Ahli Jawatankuasa Kurikulum, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Ahli, Majlis Perundingan Akta Pendidikan Timbalan Presiden, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Pengasas/Presiden, Ikatan Pengkajian Islam Pahang (IKATAN) Presiden, Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) Ketua Murid, Kolej Melayu Kuala Kangsar
Pengalaman antarabangsa
Di peringkat antarabangsa, beliau pernah diamanahkan sebagai: Ahli Panel Tertinggi Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pekerjaan Bagi Belia Timbalan Bendahari, Majlis Antarabangsa Mengenai Dasar Belia Negara Wakil NGO Asia Pasifik berucap di Persidangan Pertama Menteri-Menteri Belia Sedunia, anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lisbon, Portugal (1998)
Consultant, Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial bagi Asia Pasifik, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (ESCAP) Setiausaha, Barisan Bertindak Bosnia Pengalaman penggubalan dasar Sebelum menjadi ahli politik, Dato’ Saifuddin mempunyai pengalaman menggubal beberapa buah dasar negara/negeri, seperti: Ahli Panel Teknikal, Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia Penderaf, Dasar Pembangunan Belia Negara Penderaf Rancangan Pembangunan Belia Negeri Sembilan 2001-2010.
Penulis Memorandum Akademi Belia untuk Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) Penulis/Pembentang Memorandum Majlis Belia Malaysia di Dialog Belanjawan (2000-03) Penulis Memorandum Majlis Belia Malaysia ke Majlis Perundingan Ekonomi Kedua (MAPEN 2) Penulis Input Majlis Belia Malaysia untuk Pelan Induk K-Ekonomi Negara.